Pages

Showing posts with label Skor A Matematik. Show all posts
Showing posts with label Skor A Matematik. Show all posts

Sunday, 20 November 2011

Masa Belajar Matematik

  • Masa ulangkaji adalah fleksibel dan terpulang kepada pelajar untuk mengaturnya. Akan tetapi, para pelajar  disarankan agar membuat latihan matematik pada setiap hari, dan sekurang kurangnya, 1- 2 jam sehari. Pastikan setiap soalan adalah benar-benar berkualiti dan mencabar.

  • Untuk mengelakkan rasa bosan, pelajar juga boleh mewujudkan kumpulan belajar sendiri bersama rakan-rakan sekolah. Jika mempunyai masalah, pelajar boleh bertanya kepada rakan-rakan, guru-guru atau tutor bagi memberi tunjuk-ajar kepada mereka. Selamat Maju Jaya!

                                                                  

Teknik Belajar Matematik Tambahan

  • Macam dengan Matematik jugalah. Matematik tambahan jika tanya kepada orang pandai mesti jawab kena buat banyak latihan. Jawapan itu memang bukan main-main. Matematik tambahan ini ada tajuk yang sama dengan matematik dan ada yang sama dengan Fizik. Jadi, ada bab yang mesti boleh buat sebab sama dengan subjek lain.Markah lulus SPM matematik tambahan hanya beberapa belas sahaja. Nak dapat A memang ada harapanlah.
  • Kalau tak mahu buang masa, ambil soalan Matematik tambahan kertas satu dan Kertas 2 peperiksaan seperti SPM tahun-tahun lepas dan buat semuanya. Sebab yang akan keluar nanti soalan yang sama tetapi angka yang berbeza.Kalau anda tak buat memang menyesal.
  • Apa yang penting adalah ambil soalan yang tak tahu dan tanya kepada sesiapa saja cara nak dapat jawapan. Matematik tambahan kalau baca jawapan saja tak cukup, kena cuba jawab. Lepas baca cuba esok jawab, mesti dah lupa. Oleh itu, mesti baca jawapan dan cuba buat tanpa tengok jawapan selepas itu. 
                                                       

Teknik Belajar Matematik

Matematik merupakan satu matapelajaran yang penting dan sentiasa digunakan secara meluas di dalam kehidupan seharian.Ini dapat dilihat apabila subjek Matematik yang diajar di sekolah, sentiasa dijadikan sebagai asas dan panduan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan angka. Di samping itu, matematik juga secara tidak langsung menggalakkan kemahiran berkomunikasi secara kreatif dan kritis!

 

Sebenarnya, apa sahaja subjek yang ada di dunia ini, adalah MUDAH. Dengan syarat, para pelajar tahu teknik yang betul untuk menguasai subjekt ersebut. Oleh itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam subjek Matematik, perlu mengikuti 5 perkara penting ini, iaitu: